Pilihan KEDAIKOMIK online minggu ini (8/11/2009)

.
FINAL CRISIS #1 - #4

(set lengkap hingga #7 tanpa lukisan J.G Jones)
Keluaran: DC Comics
Penulis: Grant Morrison.
Pelukis: J.G Jones dengan bantuan Doug Mahnke, Carlos Pacheco.
Harga: RM20.00

Di dalam keadaan dunia moden hari ini yang mana harga komik ditekan-tekan oleh krisis kewangan yang semakin meruncing, komik pilihan di atas mungkin dapat menjawab persoalan lu orang. Sekiranya lu orang semua memerlukan sebuah komik berbentuk pakej semua-dalam-satu yang dapat merangkumkan kejadian-kejadian terkini yang berlangsung sepanjang beberapa tahun lepas selaras garismasa (timeline) dunia komik itu sendiri, FINAL CRISIS termaktub jawapannya. Kredit buat Grant Morrison dan J.G Jones kerana berjaya membuatkan komik ini sebuah epik komik yang padat dan memuaskan. Ceritanya kemas, lukisannya pun cantik.

Semuannya bermula apabila Darkseid, bapak segala kejahatan ala-ala Rawana dalam epik Mahabrata dan segala konco-konconya merasuki tubuh superhero-superhero kita. Maka dia yang tidak pernah turun dari takhtanya di Apokolips itu, telah melancarkan satu rancangan berskala maksima untuk menakluki muka bumi pula. Memang jahat gilababi. Menambahkan saspen dalam komik ini adalah kejutan-kejutan besar ngalahkah kejutan AF, pendedahan tukang tali barut dan kematian yang tak terduga! Setiap satu isu mini siri yang terkandung ini akan pasti menerbitkan rasa gempar pada penghujung mukasurat sebelum tertera kata-kata, ‘…to be continued’. Apa taknya, tengok covernya sahaja sudah mendatangkan risau yang berbunga resah. Tidak dapat dinafikan, penutup kepada trilogi epik DC Comics ini ternyata berbaloi. CRISIS ON INFINITE EARTHS(1985-1986) adalah pembuka sari ceritanya, disusuli pula dengan INFINITE CRISIS(2006) dan FINAL CRISIS ini adalah penutup segala.

Antara karakter yang harus diberi perhatian dalam komik bersejarah ini adalah Martian Manhunter, Wonder Woman dan sudah tentulah Batman. Impaknya sangat terkesan dan berlarutan sehingga ke hari ini.

Faktor-faktor sebegitulah yang membuatkan komik FINAL CRISIS terpilih sebagai komik pilihan KEDAIKOMIK online minggu ini.

* Juga sedap di layan bersama judul komik ini :
1.
COUNTDOWN TO FINAL CRISIS #1 | RM15.00
2.
DC UNIVERSE: LAST WILL AND TESTAMENT #1 | RM18.00
3.
INFINITE CRISIS #1 - JIM LEE/GEORGE PEREZ COVER | RM15.00
PRELUDE TO INFINITE CRISIS | RM25.00
COUNTDOWN TO INFINTE CRISIS | RM20.00
INFINITE CRISIS: SECRET FILES AND ORIGINS | RM20.00


DARK AVENGERS #1
Keluaran: Marvel Comics
Penulis: Brian Michael Bendis
Pelukis: Mike Deodato Jr.
Harga: RM25.00

Mula-mula Avengers. Lepas tu New Avengers. Ada pulak Mighty Avengers. Tapi apakejadahnya Dark Avengers ni? Ya. Jangan khuatir. Ianya akan dijawab jua disini.

Selepas selesainya pertempuran yang maha dahsyat menumpaskan penaklukan armada tentera makhluk asing Skrull yang berlangsung dalam mini siri terhebat SECRET INVASION(2008-2009), Norman Osborn@Green Goblin dengan secara rasminya telah diberi mandat untuk menerajui hal ehwal keselamatan Amerika Syarikat dan dunia dengan memansuhkan SHIELD dan mengusir Tony Stark@Iron Man dari jawatan ketua komander. Dia sendiri telah menubuhkan unit khasnya dibawah jata HAMMER sebagai ganti kepada SHIELD. Ini juga memberi peluang kepada Norman Osborn untuk merekrut gengsi-gengsi dari kaum kerabat penjahat dan menyamar laksana superhero Avengers sendiri untuk menangkap pemberontak gerakan Avengers-Avengers tidak berdaftar yang lain, yakni New Avengers dan Mighty Avengers dan siapa-siapa yang tidak bersekongkolan dengan gerakan beliau.

Cerita komik ini bertitik-tolak dengan Doctor Doom meminta bantuan Dark Avengers untuk menahan serangan ke atas kerajaan Latveria di bawah naungan Doctor Doom yang diasak oleh musuh lamanya yang sungguh misteri. Namun, kesudahan komik ini memanjangkan lagi misteri lain pula, yang mana makin menyusahkan Norman Osborn dan angkatan Dark Avengers yang serba sadis!


* Juga sedap di layan bersama judul komik ini :
1.
THUNDERBOLTS #110 | RM15.00
2.
UNCANNY X-MEN/DARK X-MEN: UTOPIA #1 | RM18.00
3.
SECRET INVASION #2 | RM18.00
SECRET INVASION #4 | RM18.00
SECRET INVASION #5 | RM18.00
SECRET INVASION #6 | RM18.00
SECRET INVASION #7 | RM18.00
SECRET INVASION #8 | RM18.00
SECRET INVASION: X-MEN #1 | RM15.00
SECRET INVASION: THOR #1 | RM15.00

Lebih banyak pilihan dan senaraian komik-komik di
  • KEDAI KOMIK™ ONLINE

  • KEDAI KOMIK ONLINE @
  • No comments:

    Post a Comment